CERITA Hati di Birmingham

Bismillaah ...

What was I told you last time?"

"Why won't you hear?"
"I thought I've warned you."
"I'm not saying this because of jealousy or being ridiculous or what so ever... but because..."


Hari ini 27 Januari 2013;

Najihah tunduk memandang lantai tanah yang tidak lagi ditutupi salji tebal. Dia baru sahaja melepasi lorong itu.

Terdengar-dengar suara dua orang yang bertengkar dari dalam sebuah rumah. Langsung, dia teringat pada sesuatu.
Langkahnya kini sudah jauh meninggalkan kenangan hampir tujuh tahun yang berlalu.
Waktu itu, atmosfera dingin langsung tidak terasa. Angin dingin dari Rusia yang datang seolah-olah melukakan sebuah persahabatan. Sahabat sejati itu terputus hubungan hanya kerana sebuah teguran. Kini, baru hatinya melihat.
"Kau memang celik mata, tapi kelabu hati." Tegur Widya.
Ketawa kecil lagi, entah apalah yang dia fikirkan. Tangannya ligat membuka sarung aiskrim 'cornetto.'
"Kelabu hati tak apa lagi asal jangan buta hati." Balas Najihah laju. Tersinggung agaknya dengan Widya. Tetapi tidak meminggirkan tangannya untuk menyambut aiskrim huluran Widya.
"Aduhai Naj, kelabu hati itu lebih bahaya. Bila-bila boleh menghitam. Bila hati hitam, butanya tak pakai 'standard.' Gelap terus. Nah, jadinya mana yang lebih sulit? Mencuci cermin yang kelabu atau cermin yang hitam berkarat?" Bidik Widya. Najihah bisu seketika.
"Yang sebetul-betulnya apa Widya? Kau buat aku nampak salah tapi aku sikit pun tak tahu apa yang kau nak cakap sebenarnya."
Akhirnya Najihah bersuara. Bingung dengan suku kata yang melintas sekejap-sekejap di kepala. Widya memang selalu begitu. Menegur tak pernahnya jelas.
"Tak ada salahnya Naj, kalau kau juga mula menyukai seseorang. Tapi janganlah riak perasaan itu sampai menutup hati kau untuk mengenal diri dia yang sebenar-sebenarnya. Baik kau, aku dan kawan-kawan kita yang lain, semuanya tahu bagaimana diri dia yang sebenarnya. Aku tak kata dia tak baik, dan aku tak kata yang kau salah. Tapi kalau dah sampai membilang-bilang soal ibadah, soal yang benar apa lagi yang salah, mana mungkin aku diamkan saja." Tutur Widya panjang lebar. Beremosi bunyinya.
Najihah jadi lebih diam daripada tadi. Hati dan kepala dah mula rasa tak sekata.

"Maksudnya apa ni Widya? Aku tak faham langsung apa yang kau kata." Najihah bingung. Kata-kata Widya seolah-olah menumbuk-numbuk dinding kepalanya.
"Lelaki yang kau suka itu, sudahkah kau ikhlas dengan diri kau? Sudahkah kau tanyakan diri kau? Atas sebab apa kau sukakan dia Naj? Sebab dia menayangkan yang dia ambil berat tentang kau? Dengan cara apa? Ayat-ayat manis atau kerana dia pernah mengirim ubat saat kau jatuh tak sihat lama dulu? Atau kau terlalu suka dengan wajahnya yang selalu dia maniskan untuk kau? Tapi di belakang kau, pernahkah kau dengar betapa ramainya sahabat-sahabat yang selalu terasa dengan bahasanya dan lagaknya yang tak bersopan? Selama kau mengenal dia, berapa berat nasihatnya pada kau yang menyuruh taatkan agama? Meski kau tak pernah keluar berdua, sudah berapa jauh interaksi kalian?" Jelas suara Widya.

Tidak berapa lama kemudian dia berhenti sejenak. Mengambil nafas barangkali. Najihah dah mula rasa tak selesa. Widya menyambung.

Sepertinya, ini sahajalah peluangnya untuk membuka mulutnya kepada Najihah.
"Khayalnya kau itulah yang aku takutkan. Seolah-olah hanya dia sahaja lelaki yang ada hanya kerana dia ingin mengenal kau. Aku tahu Naj, setiap orang pasti inginkan cinta untuk dirinya. Tetapi adakah Dia redha dengan jalan yang kau pilih ini? Jika kau tak nampak lagi, nah aku dah pun sampaikan. Maaf Naj, mungkin kasar pada kau. Tapi jika sehari-hari teguran perlahan aku kau tak hiraukan, apa lagi pilihan yang aku ada? Dan percayalah Naj, kau bukanlah satu-satunya. Ya, mungkin satu-satunya untuk dijadikan sebagai teman hidup, kerana kau istimewa. Sedangkan yang lain, tak berbatas lagaknya dia."
Najihah tergamam. Widya dirasakan mengasaknya dengan tujahan melampau waktu itu. Suaranya langsung tertahan. Tak terbela jadinya dia. Dan disebabkan kebenaran-kebenaran itu lah, 'Friendship seems to has been lost into the thin air'.
Baik dia mahupun Widya, masing-masing idtak pernah menyebut sengketa. Tetapi berakhirnya langkah kaki di petang bersalji itu, masing-masing beku bak bongkah batu. Widya hanya membawa kaki melangkah. Pandangan dah ditala ke bermacam arah. Najihah pula gayanya semacam tak mahu mendongak lagi.
Apa yang dia ingat selepas hari ketiga kejadian, waktu dia ingin memanjangkan maaf, Widya sudah tiada lagi di biliknya. Entah bila sahabat itu pergi pun dia tidak sedar. Yang tinggal hanyalah sekeping kertas jingga yang dilekatkan di kepala katil temannya itu yang bertulis:
"Tak perlu kemaafan, kerana kita bukan sengketa. Aku tinggalkan kau dan seluruh kenangan kita bersama di sini. Aku harus pulang ke Acheh. Orang tuaku meninggal. Rumahku dan perusahaan tak lagi damai. Tak mungkin untuk aku terus sambung di sini. Salam sayang daripada aku; Widya."
Pada hari yang sama Najihah merasakan betapa kecilnya dunia tanpa Widya dan kata-katanya, dia ternampak pula lelaki itu beramai-ramai dengan sahabat sekuliahnya. Entah apa kejadiannya, kelihatan seorang perempuan yang entah dari mana datangnya menepuk lelaki itu tanpa silu segan.
Kejutannya bukan itu, tetapi bila melihat dia yang kembali mengejar perempuan itu sambil menarik tapak tangan perempuan itu dan mencubit tangannya. Hah... saat itu, pucat dirasakan seluruh wajahnya. "Biar benar dia?"
Najihah hilang kata berminggu lamanya. Puas merenung dan membising pada diri. Marahnya pada diri lebih kepada rasa kesalnya kerana menyia-nyiakan seorang sahabat hanya kerana suatu teguran.
"Mengapa boleh jadi begini? Walhal, aku sendiri yang mengiyakan perubahan diri." Getusnya dalam hati.
"Agaknya ini balasan untuk orang sombong macam aku. Baru dua semester mengikut usrah, baru dua semester menelan pengertian, aku sombong dengan ilmu. Seolah-olah dah mula rasa yang diri sudah baik. Yakin sangat dapat bezakan yang baik dengan yang salah konon. Sampaikan ujian datang di depan mata aku langsung tak perasan." Bebelnya lagi dalam hati.
Itu kisah tujuh tahun lalu...
Kini, dia seorang Jurutera di sebuah menara terbilang, dan kunjungannya ke Birmingham pada tarikh yang sama dia mengunci suara bersama Widya dahulu adalah disebabkan oleh 'site visit' yang terletak tidak jauh dari lorong yang dilalui mereka dahulu.
Jauh di sudut hatinya dia terlalu rindu pada Widya. Dia mahu Widya tahu yang nasihatnya dulu langsung tak memecahkan hubungan. Bahkan, semakin deras dia mengirim doa buat sahabatnya itu.
Dia juga tidak mahu lagi hilang tempat berpijak hanya kerana meninggikan ilmu saban waktu. Paling penting, ada sesuatu lagi yang Widya tinggalkan buat dirinya. Kertas berlipat bintang yang tak pernah dia tahu tertulis sesuatu di bahagian belakangnya.

"Cintai Tuhanmu dahulu dan akrablah bersamanya dengan jalan-jalan yang ada. Bila kau menjaganya, Dia akan menjaga kau nanti. Mudah-mudahan akan Dia titipkan seorang yang lebih bagus untuk menjaga kau suatu hari nanti."

Ditulis sahabat :
 
(Suzilawati mula meminati penulisan atas galakan ayahnya semenjak daripada sekolah rendah lagi, tetapi terhenti lama kerana bidang Kejuruteraan telah meminda sedikit cabang kreatif untuk menulis. Kini, seorang eksekutif di sebuah syarikat penerbitan dan sedang mengintai peluang untuk menulis kembali.)

SEBUAH RENUNGAN DIRI

Bismillaah ...


Tuhanku,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas
Aku hanyalah setetes embun di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudra
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit
Aku hanya seonggok bintang kecil yang reduo di samudra langit Mu yang tanpa batas


Tuhanku
Hamba yang hina ini menyadari tiada artinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi …
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU

Tuhanku…………..baktiku tiada arti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sadar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini…
Hati yang telah terkotori oleh noda ini…memiliki keninginana setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Tuhan…Kami semua fakir di hadapan MU tapi juga kikir dalam mengabdi kepada MU
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku….
Ampunilah aku dan sudara-saudaraku yang telah memberi arti dalam hidupku
Sukseskanlah mereka mudahkanlah urusannya
Mungkin tanpa kami sadari , kamu pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturtan qiyadah kami,bahkan terlena dan tak mau tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami…Ampunilah kami
Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU

Tuhanku….Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh dzikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau….dalam maksiat kepadaMU

“Ya Tuhanku Tutuplah untuk kamu dengan sebaik-baiknya penutupan !!”



Dari saudara untuk saudara “Perbaiki diri Serulah Orang Lain”

Kiriman dari sahabat : (anika_tc@plasa.com)

WANITA IMPIAN

Wanita Impian.
=====================
"Dunia Adalah Perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"

... Wanita sejati bukan dilihat dari kecantikan paras wajahnya tetapi dari kecantikan hati yang ad...a dibaliknya. Wanita sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona tetapi dari sejauh mana dia menutup tubuhnya. Wanita sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu. Wanita sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

SAUDARIKU>>> Engkau Cantik ! :)

 Bismillaah ..

♥ Duhai Ukhti... Engkau Cantik Sekali ♥
Aku bangga menjadi Muslimah Disaat yg lain bangga menjadi wanita Modern. Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada Disaat yg lain bangga mengikuti Mode, Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam Disaat yg lain le...na, Aku tak peduLi dgn anggapan sOk sUci Krna aku tahu apa yg laKukan, Awalnya aku tidak perCaya diri…. Dengan pakaian yg tertUtup rapi…. Teman ~ teman berKata aku tdk trendy….
. Tapi Abi berKata aku Cantik begitUpun Ummi…..

Mencintai adalah Keputusan


(¯`*•.¸♥☆Mencintai adalah Keputusan♥♥¯`v´¯)♥*♥*♥*♥*♥. `•

Bismillaahirrahmaanirrahiim Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat, saudaraku fillah... Pernah...kah hati dibelenggu rasa resah gelisah tiada menentu ketika wabah cinta hinggap di sana....? 

BAHAYA BICARA AGAMA TANPA ILMU :)

 Bismillaah ...

Memahami ILMU  agama merupakan kewajiban atas setiap muslim dan muslimah. Rasulullah sholallohu ‘alaihi wassallam bersabda:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu merupakan kewajiban atas setiap muslim.

[HR. Ibnu Majah no:224, dan lainnya dari Anas bin Malik. Dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani]

JALAN KEISTIQAMAHAN ! :)


 Bismillaah ...
Kaum muslimin rahimakumullah, di dalam kehidupan manusia, Allah telah menetapkan jalan yang harus ditempuh oleh manusia melalui syariat-Nya sehingga seseorang senantiasa Istiqomah dan tegak di atas syariat-Nya, selalu menjalankan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya serta tidak berpaling ke kanan dan ke kiri. Allah ta’ala telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk senantiasa istiqomah.
Allah Ta’ala berfirman yang artinya, 

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Robb kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap beristiqomah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita, mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan (di dunia)” (QS. Al Ahqaaf [46]: 13-14)

TAQWA ! SEMUDAH ITUKAH ???


Bismillaah ..

Kata “takwa” sangat sering kita dengar dalam ceramah-ceramah agama, sebagaimana kalimat ini mudah dan ringan diucapkan di lisan kita. Akan tetapi, sudahkah hakikat kalimat ini terwujud dalam diri kita secara nyata? Sudahkah misalnya ciri-ciri orang yang bertakwa yang disebutkan dalam ayat berikut ini terealisasi dalam diri kita?

APAKAH AKU SUDAH BERTAKWA ???


Bismillaah ...

Segala puji bagi Allah, Dzat yang paling berhak untuk kita takuti dan tempat kita memohon ampunan. Salawat dan keselamatan semoga terus tercurah kepada teladan terbaik, seorang hamba yang telah diampuni dosa-dosanya namun senantiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya minimal tujuh puluh kali setiap harinya, semoga keselamatan juga terlimpah kepada para sahabatnya, dan segenap pengikut setia mereka. Amma ba’du.

Taqwa merupakan sebab keberuntungan. Allah ta’ala berfirman (yang artinya),  
“Bertaqwalah kalian kepada Allah, mudah-mudahan kalian beruntung.”
(QS. al-Baqarah: 189

PRIBADI TELADAN


 Bismillaah ..

Banyak kita temukan gambaran mengenai pribadi teladan di dalam untaian ayat-ayat al-Qur’an. Di antaranya adalah apa yang digambarkan Allah ta’ala di dalam ayat (yang artinya),  



“Dan orang-orang yang memberikan apa saja yang mampu mereka persembahkan sementara hati mereka merasa takut; bagaimanakah nasib mereka kelak ketika dikembalikan kepada Rabb mereka.”
(QS. al-Mu’minun: 60).

wibiya widget

Di Atas Satu Cinta

abcs